Wednesday 14 December 2011

Bismillahirrahmanirahim... Maka bermulalah "adventure" ku...

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk eksperimen komik digital interaktif yang menceritakan kisah Hang Tuah. Kajian ini juga termasuklah dari segi kualiti, mutu, teknik dan sebagainya yang menjadikan sesebuah komik itu mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Kita sedia maklum bahawa komik di Malaysia masih belum dapat bersaing dengan komik luar. Mampukah komik digital dengan menggunakan media interaktif serba baru diterima ramai dan meningkatkan taraf industry komik di Malaysia? Adakah komik digital interaktif dengan komik tradisional mempunyai lukisan dan penceritaan atau cara pemasaran yang berbeza? Pengkaji akan mengupas persoalan-persoalan ini untuk mendapatkan jawapannya.

No comments:

Post a Comment