Wednesday 14 December 2011

Kenapa Hang Tuah?

“…so strong thy site,
There on Aurora’s bosom, whence they rise,
Thou house of opulence, Malacca height
The poysoned arrows which thine art supplies,
The krises thirsting as I see for fight…”

Cameoens, Lusiada, 1572

THE KERIS AND OTHER MALAY WEAPONS

MBRAS, December 1956

A.H. Hill

m/s 1

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


“Hang Tuah ialah lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka.”

Kassim Ahmad

Dewan Bahasa dan Pustaka

5hb Oktober 1962

HANG TUAH

m/s xv

Bismillahirrahmanirahim... Maka bermulalah "adventure" ku...

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk eksperimen komik digital interaktif yang menceritakan kisah Hang Tuah. Kajian ini juga termasuklah dari segi kualiti, mutu, teknik dan sebagainya yang menjadikan sesebuah komik itu mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Kita sedia maklum bahawa komik di Malaysia masih belum dapat bersaing dengan komik luar. Mampukah komik digital dengan menggunakan media interaktif serba baru diterima ramai dan meningkatkan taraf industry komik di Malaysia? Adakah komik digital interaktif dengan komik tradisional mempunyai lukisan dan penceritaan atau cara pemasaran yang berbeza? Pengkaji akan mengupas persoalan-persoalan ini untuk mendapatkan jawapannya.

Permulaan....

Assalamualaikum. Hari ini saya buat blog tentang thesis saya. Tidak sedar latihan industri hampir tamat, dan progress thesis sangatlah perlahan. Maka bermulalah eksperimen komik digital interaktif tuah secara serius. Semoga dapat siapkan produk ini dalam masa 3 bulan. Semoga berjaya!